Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais

Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais merupakan seorang atlet berbasikal para Malaysia dan beliau bertanding bersama dengan jurumudinya, Nurul Suhada Zainal. Beliau merupakan pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Para Asia 2018 apabila beliau meraih pingat emas dalam acara uji masa B perempuan.[1] Walaupun hanya berlatih dalam tempoh masa tiga bulan, beliau telah merangkul empat pingat emas dalam Sukan Para ASEAN 2017. [2] Beliau juga menang tiga pingat emas dalam Kejohanan Asia 2019.[3]Nur Azlia telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 dalam lumba basikal. Beliau telah menyertai acara uji masa dan lumba lebuh raya bagi lumba basikal lebuh raya dan uji masa bagi lumba basikal lebuh raya.[4] Namun, beliau terpaksa menarik diri daripada acara berbasikal lebuh rayanya kerana mengalami masalah pernafasan ketika bertanding dalam acara uji masa.[5]